Wujud macam-macam kem tetapi tiada budaya 'warlord' dalam PKR - Anwar

Astro Awani
Julai 19, 2018 21:40 MYT
Wujud pelbagai kem adalah lumrah dalam sebuah parti yang demokratik - Anwar
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku calon tunggal setakat ini untuk merebut jawatan Presiden PKR tidak merancang untuk berkempen menjelang pemilihan parti itu Ogos depan.
Pada masa yang sama, Anwar menyifatkan sudah menjadi lumrah dalam sebuah parti yang demokratik untuk berdepan senario wujudnya pelbagai kem.
“Kita dalam parti yang demokratik tidak boleh menghalang pandangan atau tafsiran wujudnya kem. Saya memilih cara yang lebih inklusif bahawa tidak ada gerombolan atau ketua yang menghalang perbincangan atau pun pendokong yang bergerak dalam ‘warlordism’.
“Ini harus dibereskan dan dihimpunkan dalam satu suara,” kata Anwar ketika ditemubual program AI melalui Skype yang disiarkan di Astro AWANI pukul 8.15 malam pada Khamis.
Menurut Anwar, beliau tidak menghalang mahu pun menafikan hak sesiapa yang mahu tampil untuk bertanding jawatan Presiden PKR.
AI minggu ini turut menyaksikan Ketua Umum Pakatan Harapan itu berbicara mengenai dunia Islam yang sedang meniti pembaharuan. Menurut Anwar, kejayaan Malaysia pasca 9 Mei sedang dinilai dunia Islam yang umumnya bergelut dengan defisit demokrasi.
#AI #Anwar Ibrahim #Azmin Ali #Berita Politik Malaysia #isu semasa #pemilihan PKR #Terkini PKR #Warlord PKR #warlordism
;