Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch

Amanz
Mac 10, 2025 17:17 MYT
Kemas kini stabil telah diedarkan, dengan Pixel Watch 1, 2, dan 3 disahkan menerima kemas kini ini. -Amanz
WEAR OS 5.1 adalah sistem operasi generasi seterusnya untuk jam tangan pintar berasaskan Android.

Ringkasan AI
  • Wear OS 5.1 dibina berasaskan Android 15 dengan ciri utama memainkan media ke speaker jam dan memudahkan log masuk ke pelbagai akaun.
  • Kemas kini stabil telah diedarkan, dengan Pixel Watch 1, 2, dan 3 disahkan menerima kemas kini ini.
  • Ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan baharu disertakan, tetapi kemas kini untuk One UI Watch belum diumumkan.

Sistem ini dibina berasaskan Android 15 dan memfokuskan kepada dua ciri utama iaitu memainkan media terus ke speaker jam serta memudahkan pengguna log masuk ke pelbagai akaun.
Terbaharu, selepas berbulan diuji – Google sedia mengedarkan kemas kini stabil baginya.
Setakat ini, hanya Pixel Watch 1, Pixel Watch 2 dan Pixel Watch 3 disahkan akan menerima kemas kini Wear OS 5.1.
Ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan baharu turut disertakan, menjadikan penggunaan jam lebih berguna untuk pengguna.
Sayang sekali, Google dan Samsung tidak mendedahkan sama ada bila One UI Watch akan dikemas kini dengan ciri ini.
Google menyatakan kemas kini ini telah pun diedarkan dan kemas kini seterusnya adalah pada bulan Jun akan datang.
Sehingga hari ini, kemas kini Wear OS baharu yang konsisten hanya terhad kepada Samsung Galaxy Watch dan Pixel Watch sahaja. -Amanz
#Wear OS 5 1 #Android 15 #Pixel Watch 1 2 dan 3 #One UI Watch
;