KUALA TERENGGANU: Ahli Pas dan UMNO diingatkan supaya berhati-hati dengan agenda memecah-belahkan Muafakat Nasional (MN) susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN menjadi musuh utama PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan bahawa BN adalah musuh PN ternyata meletakkan Pas dalam dilema.
"Pas baru sahaja berusaha membina kembali jambatan yang sudah mula terbakar berikutan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung Pas bahawa BN bukan musuh Pas dalam PRU15.
"Ia adalah talian hayat kerjasama politik. Namun, ia tidak disenangi oleh setengah pihak yang akan terjejas dengan kerjasama MN ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.
Menurut Khairuddin, MN telah melakar sejarah kesatuan dalam kalangan umat Islam menerusi penyatuan dua parti politik terbesar Melayu Islam.
Ujar beliau, kehadiran MN menakutkan Pakatan Harapan (PH) untuk berhadapan pada PRU15.
"Mereka sudah membayangkan sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen akan terlepas ke tangan sama ada UMNO atau Pas menerusi MN. Maka tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jambatan MN.
"Jambatan MN yang mula terbakar menjadikan PH bernafas kembali. Agenda untuk memecahkan MN sentiasa berjalan.
"Percikan api pertembungan antara Pas dan UMNO sangat mudah merebak. Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka telah bertembung selama 45 tahun sejak 1978.
"Ahli Pas dan UMNO perlu berhati-hati dengan agenda perpecahan ini," katanya.
BACA: Usaha hidupkan semula MN, Muhyiddin akan jumpa Hadi
Muhyiddin ketika berucap ketika Sambutan Ulang Tahun ke-6 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Putrajaya pada Sabtu menegaskan bahawa ketetapan yang telah disepakati gabungan itu ialah BN merupakan musuh utama pada PRU15.
Pengerusi PN itu turut mengingatkan komponen parti berkenaan supaya bergerak sebagai satu pasukan dengan hala tuju yang sama.
Bagaimanapun, pendirian itu dilihat berbeza dengan Pas kerana pada 20 September lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun sekali gus tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15.
Sebaliknya, beliau berkata, Pas tetap menegaskan bahawa musuh sebenar agenda penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya termasuk ‘khemah besar’. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 25 2022
![Waspada agenda pecah-belahkan MN - Khairuddin Waspada agenda pecah-belahkan MN - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644561226_DatukMohdKhairuddi.jpg)
Menurut Khairuddin, MN telah melakar sejarah kesatuan dalam kalangan umat Islam menerusi penyatuan dua parti politik terbesar Melayu Islam. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644561226_DatukMohdKhairuddi.jpg)
PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin
"Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?" soal Mohd Khairuddin Aman Razali.
![PRN: Khairuddin nafi bakal calon MB Terengganu PRN: Khairuddin nafi bakal calon MB Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644561226_DatukMohdKhairuddi.jpg)
PRN: Khairuddin nafi bakal calon MB Terengganu
Menurutnya, fokus utama beliau pada pilihan raya kali ini adalah untuk membantu calon UMNO dan BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.
![PM Anwar lancar DPTN 2.0 esok PM Anwar lancar DPTN 2.0 esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677501659_DatukSeriAnwarIbr.jpg)
PM Anwar lancar DPTN 2.0 esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 pada Majlis Himpunan 23K Huffaz yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok.
![Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670086581_MohdKhairuddinAman.jpg)
Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin
Kenyataan itu merujuk kepada filem 'Mentega Terbang' yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.
![Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia' Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670086581_MohdKhairuddinAman.jpg)
Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Katanya, PN hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.
![PRU15: Tidak wujud 'Little Napoleon' dalam Pas - Mohd Syahir PRU15: Tidak wujud 'Little Napoleon' dalam Pas - Mohd Syahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668027974_MohdSyahir.jpg)
PRU15: Tidak wujud 'Little Napoleon' dalam Pas - Mohd Syahir
Katanya, ia berdasarkan tindak tanduk Abdul Hadi yang tidak pernah membuat keputusan menggunakan kuasa veto.
![PRU15: Khairuddin bertanding atas tiket BN kerana mahu perkasa Muafakat Nasional PRU15: Khairuddin bertanding atas tiket BN kerana mahu perkasa Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667534206_TBtakirijpg.jpg)
PRU15: Khairuddin bertanding atas tiket BN kerana mahu perkasa Muafakat Nasional
Khairuddin konsisten perjuang muafakat antara UMNO dan Pas bagi menghalang kemaraan Pakatan Harapan daripada berkuasa.
![PRU15: Khairuddin, Che Abdullah sah bertanding atas tiket BN PRU15: Khairuddin, Che Abdullah sah bertanding atas tiket BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667481535_KhairuddinAmanRaz.jpg)
PRU15: Khairuddin, Che Abdullah sah bertanding atas tiket BN
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Datuk Che Abdullah Mat Mawi sah bakal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![UMNO Terengganu tidak pernah namakan Khairuddin sebagai calon - Ahmad Said UMNO Terengganu tidak pernah namakan Khairuddin sebagai calon - Ahmad Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665981951_KETENGAHHOLDING.jpg)
UMNO Terengganu tidak pernah namakan Khairuddin sebagai calon - Ahmad Said
Ahmad Said berkata tiada sebarang rundingan dilakukan berhubung perkara tersebut.
![Waspada agenda pecah-belahkan MN - Khairuddin Waspada agenda pecah-belahkan MN - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644561226_DatukMohdKhairuddi.jpg)
Waspada agenda pecah-belahkan MN - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata, kenyataan bahawa BN adalah musuh PN ternyata meletakkan Pas dalam dilema.