Warisan saman Adun Sebatik

Astro Awani
April 7, 2021 11:51 MYT
Writ saman dan penyataan tuntutan itu dihantar di kediaman beliau di Taman Fulliwa, Kota Kinabalu pada pukul 3.35 petang Rabu.
KUALA LUMPUR: Peguam Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir selepas didapati gagal meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.
Dalam satu kenyataan ringkas, writ saman dan penyataan tuntutan itu dihantar di kediaman beliau di Taman Fulliwa, Kota Kinabalu pada pukul 3.35 petang Rabu.
Tambah kenyataan itu, Warisan berharap supaya keputusan mahkamah akan memaksa Hassan untuk menghormati surat peletakan jawatannya yang telah ditandatangani sebagai ADUN Sebatik.
Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua yang juga wakil Warisan adalah plaintif, manakala Hassan sebagai defendan.
Pada 25 Februari lalu, Hassan mengumumkan bahawa beliau keluar daripada Warisan.
BACA: Adun Sebatik umum keluar Warisan, jadi Bebas sokong GRS
BACA: Speaker Dun Sabah sahkan Adun Sebatik kekal bebas, tiada kekosongan kerusi
#Warisan #ADUN Sebatik #Hassan A Gani Pg Amir #Setiausaha Agung Warisan #Datuk Loretto Padua