Wan Rosdy, Khaled dan Johari menang Naib Presiden UMNO
Sinar Harian
Mac 19, 2023 12:43 MYT
Mac 19, 2023 12:43 MYT
SHAH ALAM: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengungguli persaingan Naib Presiden UMNO apabila berjaya memenangi dengan undian tertinggi sebanyak 116 undi.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan pada jam 9 pagi Ahad, dua lagi pemimpin yang menang adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Mohamed Khaled yang juga penyandang jawatan, memperoleh 104 undi manakala Johari yang juga muka baharu, mendapat 96 undi.
Selain itu, pemilihan kali ini menyaksikan dua menteri dan tiga timbalan menteri berjaya memenangi persaingan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Mereka yang menang ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Tiga pemimpin wanita yang berjaya menembusi persaingan MKT ialah Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Datuk Zahida Zarik Khan dan Datuk Suraya Yaacob.
Pemimpin lain yang berjaya memenangi jawatan MKT ialah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Azian Osman dan Datuk Dr Shaik Hussein Mydin, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad dan Datuk Abdul Rahman Mohamad.
Selain itu, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Johan Abdul Aziz, Isham Jalil, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Lokman Noor Adam, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Bagi jawatan Pengerusi tetap UMNO pula dimenangi Tan Sri Badruddin Amiruldin sementara timbalannya, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah. - Sinar Harian