Viral 'Muhyiddin letak jawatan' adalah palsu
Astro Awani
Ogos 30, 2018 19:44 MYT
Ogos 30, 2018 19:44 MYT
Mesej tular mengenai peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Parlimen Pagoh adalah palsu.
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam siaran media sebentar tadi berkata Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang negara dan tindakan tegas boleh diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan tersebut," tulis kenyataan itu.
#Ahli Parlimen Pagoh
#letak jawatan
#Menteri Dalam Negeri
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#tindakan tegas
#viral palsu