Usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu Ahmad Razif
Astro Awani
Mac 8, 2016 14:45 MYT
Mac 8, 2016 14:45 MYT
Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zuber Embong menerima usul itu kemudian menangguhkan sidang untuk meneliti usul tersebut mengikut kerangka perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri.
Keputusan sama ada usul itu diterima atau ditolak akan diketahui selepas pukul 2.30 petang nanti.
Usul undi tidak percaya itu dibuat oleh Ahmad Said ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#ADUN Kijal
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#Ahmad Said
#MB Terengganu
#usul undi tidak percaya
#usul undi tidak percaya MB Terengganu