Usul undi tidak percaya Ahmad Said terhadap MB Terengganu ditolak

Astro Awani
Mac 8, 2016 15:41 MYT
Usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif ditolak Speaker DUN Terengganu kerana dibuat tanpa mengikut peraturan. - Gambar fail
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Menurut Datuk Mohd Zuber Embong, usul yang dikemukakan oleh ADUN Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu tidak mengikut peraturan ketika mencadangkannya.
Usul undi tidak percaya itu dibuat oleh Ahmad Said ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum sidang berehat.
Speaker menerima usul itu kemudian menangguhkan sidang untuk meneliti usul tersebut mengikut kerangka perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri sebelum ia disambung semula 2.30 petang.
#ADUN Kijal #Ahmad Razif Abdul Rahman #Ahmad Said #MB Terengganu #usul undi tidak percaya #usul undi tidak percaya MB Terengganu
;