SEJAK beberapa hari lepas, berita Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali memenuhi ruang berita politik Malaysia.
Usul tersebut pertama kali disuarakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mei lepas untuk dibentang dalam Sidang Dewan Rakyat.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Berikut antara perkara penting berkaitan usul tersebut:
4 Mei 2020
Dr Mahathir menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mendakwa Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Beliau turut meminta Usul Tidak Percaya terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.
8 Mei 2020
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibawa pada Mesyuarat pertama, penggal ketiga Parlimen ke-14 yang bersidang pada 18 Mei.
Usul diterima di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
BACA: Dewan Rakyat terima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin
13 Mei 2020
Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung 18 Mei hanya akan menyaksikan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata pindaan itu dibuat selepas menerima surat pemakluman daripada Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: Parlimen: Tiada sidang, hanya Titah Diraja
18 Mei 2020
Persidangan berlangsung tanpa ada sebarang usul, hanya titah daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam titah Baginda, Al-Sultan Abdullah menyentuh daripada hal ekonomi, soal keluh kesah rakyat, isu semasa COVID-19, polarisasi perkauman hingga peringatan mengenai alam sekitar serta kestabilan politik domestik.
18 Mei 2020
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata Muhyiddin sebelum ini telah membuat keputusan sendiri tanpa memaklumkan atau mendapat persetujuan daripada parti.
BACA: Tun Mahathir tetap teruskan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin
12 Julai 2020
Usul Tidak Percaya daripada Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai dalam giliran ke-27 Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul (AUM DR 13/7/2020).
Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
BACA: Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27
9 September 2020
Selepas gagal membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik usul tersebut dalam blog dan media sosialnya.
Dalam usul itu, Dr Mahathir antara lain menyenaraikan puluhan sebab usul terbabit dibuat terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu termasuk mendakwa pelantikan Perdana Menteri tanpa Pilihan Raya Umum (PRU) menghilangkan kepercayaan dan hak rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.
BACA: Usul tidak percaya: 'Muhyiddin, serahkan semula hak rakyat' - Tun Mahathir
14 Oktober 2020
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar Usul Tidak Percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dikemukakan di Dewan Rakyat.
Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar beliau kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu.
BACA: Tengku Razaleigh gesa Dewan Rakyat bahas Usul Tidak Percaya
14 Oktober 2020
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, menafikan dakwaan Perdana Menteri menghalang usul undi tidak percaya terhadapnya dibahaskan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, berdasarkan rekod Dewan Rakyat sebelum ini, usul yang sama pernah dikemukan dan tidak dihalang, namun tidak sempat dibahaskan disebabkan susun atur aturan mesyuarat.
BACA: Azhar nafi PM halang usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat
16 Oktober 2020
Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah memaklumkan beliau telah menghantar surat berkenaan Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menurutnya, surat berkenaan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 15 Oktober lepas.
BACA: Amiruddin kemuka surat Usul Tidak Percaya terhadap PM
Ridauddin Daud
Fri Oct 16 2020
Dr Mahathir, Maszlee dan Mukhriz antara Ahli Parlimen yang mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin. -Gambar fail
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
[INFOGRAFIK] Kos sara hidup
Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
[TERKINI] Lima individu hilang ketika latihan Regata Sarawak
Lima individu dilaporkan hilang selepas perahu lumba yang dinaiki mereka karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa ketika menyertai latihan sempena Regata Sarawak
RM2.8 juta: Penyelenggaraan jalan yang tidak selamat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM450 juta juga dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat kepada 300 juta tahun ini
Tolak MB itu lebih penting daripada bantu rakyat dalam kesusahan - Ahmad Faizal
Keputusan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak menolak Menteri Besar dalam usul undi tidak percaya membuktikan bahawa menggugurkan pemimpin nombor satu di negeri itu lebih penting
Tiada usul soal jawab di Parlimen, PH hormati Yang di-Pertuan Agong - Anwar Ibrahim
Pakatan Harapan sepakat menghormati dan memuliakan institusi Yang di-Pertuan Agong yang dijadualkan bertitah pada sesi pembukaan penggal Parlimen.