'Untuk UMNO bangkit, idealisme perjuangan anak muda perlu diperkasa' - Asyraf Wajdi

Atiqah Ismail
Jun 20, 2018 16:20 MYT
Ahli MT, Asyraf Wajdi berpendirian untuk UMNO bangkit, idealisme perjuangan anak muda perlu diperkasa.- fotoBERNAMA
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berpendirian sayap anak muda perlu terus diperkasa sekiranya parti itu mahu bangkit dari kekalahan pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Asyraf berkongsi pandangan beliau dalam satu sesi temu bual bersama Sinar Harian berkaitan keputusan dirinya memilih untuk bertanding sebagai calon Ketua Pemuda UMNO.
“Untuk UMNO bangkit, prasyarat utama ialah dengan membina anak-anak muda. Anak-anak muda ini perlu dibangkitkan kembali idealisme perjuangannya," katanya
“Roh serta semangat perjuangan perlu ditiupkan berpaksikan agama kita, Islam kerana UMNO itu berteraskan Islam. Mungkin kerana alpa, kita gagal menghayati asas perjuangan ini,” kata Asyraf.
Dalam pada itu, beliau berkata akan terus bersama dengan parti berkenaan dalam keadaan susah dan senang.
“Di saat UMNO berada dipuncak kesenangan, saya seolah dihamparkan dengan karpet merah dengan lantikan sebagai AMT, Senator dan Timbalan Menteri.
“Tak akanlah apabila UMNO kalah, saya tergamak membiarkan UMNO terkubur,” jelasnya lagi.
BACA: Asyraf Wajdi umum tanding Ketua Pemuda UMNO
Terdahulu, Asyraf telah menawarkan diri bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO.
#Ahli Majlis Tertinggi #anak muda #Atiqah Ismail #calon ketua pemuda UMNO #Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki #idealisme #idealisme perjuangan #Islam #semangat perjuangan
;