Undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, tidak bermakna sokong Anwar - MP UMNO

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 15, 2020 14:18 MYT
Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bermakna Ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bermakna Ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Itu pandangan salah seorang Ahli Parlimen UMNO kepada Astro AWANI yang enggan identitinya didedahkan.
Jelas beliau, tidak kira sebarang gerakan yang wujud, beliau akan menghormati sebarang keputusan parti.
"Kita tidak kira calon ini Tengku Razaleigh ke, Anwar Ibrahim ke, apa yang penting keputusan sokongan itu perlu datang dari parti.
"Saya ini orang parti, sebarang keputusan parti, saya akan ikut. Undi tidak percaya itu (terhadap Muhyiddin) tidak bermakna sokongan akan diberi kepada Anwar.
"Kita tunggu apa keputusan parti. Tidak kira berapa banyak gerakan nak wujud, saya tunggu keputusan pucuk pimpinan.
"Apabila saya kata pucuk pimpinan, bermakna ia bukanlah di kalangan orang 'kecil' parti, mesti keputusan dari Majlis Tertinggi (MT)," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar, 'UMNO' bermasalah?
BACA: Ku Li dipanggil menghadap Agong untuk beri pandangan
Beliau pada masa sama mengesahkan tidak tahu menahu akan gerakan yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah yang kononnya mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.
"Tak ada yang hubungi saya, tak ada yang maklumkan apa-apa. Tak perlu untuk saya ulas perkara yang saya tidak tahu kesahihannya," katanya.
#gerakan politik UMNO #politik UMNO #calon perdana menteri #peralihan kerajaan #Tengku Razaleigh Hamzah #Muhyiddin Yassin #jawatan perdana menteri #sokongan UMNO #Anwar Ibrahim #Ahli Parlimen Umno
;