Undi luar negara tidak beri kesan kepada kerusi marginal?
Shafizan Johari
Mei 7, 2018 20:26 MYT
Mei 7, 2018 20:26 MYT
Walaupun calon Parlimen Pulai mengakui undi luar negara tidak memberi kesan kepada keputusan pilihan raya di kerusi itu kelak, ia tetap tidak mengubah kedudukan kerusi itu sebagai salah sebuah kerusi marginal milik yang disandang Barisan Nasional (BN) sejak 2013 lagi.
Pada 2013, majoriti yang diterima Datuk Nur Jazlan Mohamed jatuh merudum daripada 20,449 pada PRU12 kepada hanya 3,226.
Kerusi Parlimen Pulai turut mencatatkan jumlah undi rosak yang tinggi pada 2013 dengan 1,487 undi yang ditolak.
Lebih menarik untuk dilihat pada PRU14 ini ialah pertambahan pengundi baru 5,778, jauh lebih besar berbanding majoriti kemenangan Nur Jazlan pada 2013.
Parlimen Pulai mempunyai 106,409 pengundi di mana 38 peratus pengundinya adalah bawah 40 tahun.
Selain Pulai, BN mempunyai 18 lagi kerusi marginal yang mempunyai pertambahan pengundi lebih 5,000 orang dengan Hulu Selangor, Tebrau dan Pasir Gudang pula masing-masing mencatatkan pertambahan pengundi sebanyak 15,293, 32,551 dan 23,131.
#Barisan Nasional
#calon
#election
#Kerusi Marginal
#MalaysiaMemilih
#Nur Jazlan
#Nur Jazlan Mohamed
#Parlimen
#pilihan raya
#PRU14