Umum barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang tepati kehendak rakyat - Muhyiddin

Hafiz Marzukhi
Disember 30, 2017 12:02 MYT
MUHYIDDIN: Tun bersama pimpinan Pakatan Harapan yang lain akan meletakkan Malaysia kembali di landasan yang betul
Barisan kepimpinan utama yang akan memimpin kerajaan sekiranya Pakatan Harapan menang wajar diumumkan kepada rakyat.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana perkara ini merupakan antara perkara yang ingin diketahui rakyat.
"Saya berharap dalam masa yang terdekat ini, setelah selesai proses musyawarah, kita akan dapat mengumumkan bakal barisan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan, dengan mengambil kira kehendak dan citarasa serta pilihan rakyat," kata Muhyiddin.
Tambah beliau, bagi pihak parti, sokongan yang tidak berbelah bahagi perlu diberikan kepada Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memainkan peranan utama dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan.
"Berdasarkan pengalaman Tun (Dr Mahathir) yang memimpin Malaysia selama 22 tahun, kita tidak ragu-ragu bahawa Tun bersama pimpinan Pakatan Harapan yang lain akan meletakkan Malaysia kembali di landasan yang betul," kata beliau ketika ucapannya di Perhimpunan Agung PPBM yang pertama di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam hari ini.
BACA: Shariff Omar, Azimi Daim dilantik Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap PPBM
BACA: Benarkan pemerhati dari PBB ketika PRU14 - Muhyiddin
BACA: 'Kasihan Muhyiddin tidak tersenarai calon PM' - Rizal Mansor
#Mahathir Mohamad #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #politik #PPBM
;