UMNO2015: UMNO perlu terap konsep tabayyun - Najib

Astro Awani
Disember 12, 2015 18:55 MYT
NAJIB: Sejarah telah membuktikan bahawa fitnah boleh membunuh serta menjatuhkan kerajaan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ahli dan pemimpin UMNO untuk menerap konsep tabayyun atau penelitian supaya ia dapat mengikis sebarang fitnah yang bukan sahaja boleh memusnahkan parti, tetapi negara.
Menurutnya, sejarah telah membuktikan bahawa, fitnah boleh membunuh serta menjatuhkan kerajaan dan menimbulkan konflik yang berpanjangan.
"Jangan kita terima (secara semberono). Dahsyatnya fitnah...orang boleh kena bunuh kerana fitnah, khalifah ketiga dibunuh kejam kerana fitnah sesama bangsa.
"Kita boleh jatuh kerana apa? Masalah dalaman, Uthmanniyah runtuh kerana masalah dalaman menyebabkan empayar besar runtuh. UMNO ini apa? Tempat perlindungan anak cucu cicit kita...kegemilangan bangsa Melayu kita," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
#fitnah #Najib Razak #Tabayyun #UMNO
;