UMNO Terengganu tetap sokong kepimpinan Najib

Bernama
Mac 1, 2016 03:25 MYT
AHMAD RAZIF: Saya yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap seperti mana biasa untuk meneruskan agenda bagi kepentingan ahli parti dan rakyat. -Gambar fail
Tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar daripada parti UMNO adalah hak dan pilihan beliau malah ia bukanlah pertama kali, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata apa yang lebih penting pada masa ini ialah sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
BACA: Tun Mahathir dan isteri umum keluar UMNO
TONTON: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO
"Kita pertahankan institusi kepimpinan negara selaras dengan ajaran agama Islam bahawa kita perlu taat kepada pemimpin dan pemerintah," katanya ketika mengulas keputusan Dr Mahathir keluar dari parti itu hari ini.
"Saya yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap seperti mana biasa untuk meneruskan agenda bagi kepentingan ahli parti dan rakyat," katanya, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganua, dalam kenyataan hari ini.
BACA: Zahid hormati keputusan Tun Mahathir
BACA: Tun Mahathir ambil langkah tepat tinggalkan UMNO - Salleh
Beliau berkata Terengganu teguh menyokong kepimpinan Najib, yang juga Presiden UMNO.
#Ahmad Razif Abdul Rahman #BN #keluar UMNO #Mahathir Mohamad #Menteri Besar Terengganu #najib