UMNO tak perlu gabungan baharu - Azwan Bro
Hilal Azmi
April 26, 2017 20:06 MYT
April 26, 2017 20:06 MYT
UMNO tidak perlukan gabungan baharu untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, UMNO sudah berpengalaman menghadapi banyak pilihan raya biarpun terpaksa bertanding tiga penjuru.
Jelasnya, beliau yakin dengan penglibatan, kerjasama serta gerak kerja yang sistematik dalam kalangan ahli UMNO terutamanya Pemuda.
"UMNO sentiasa bersedia sama ada dua penjuru atau tiga penjuru, bahkan kita pernah menang.
"Paling penting ialah gerak kerja kita pastikan rakyat dapat rasai bahawa pilihan utama mereka ialah Barisan Nasional dan UMNO," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.
Sebelum ini, kaji selidik oleh Invoke Malaysia mendapati, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pengundi akan memihak kepada UMNO dan PAS serta Amanah akan kalah.