UMNO Semporna masih kukuh dan tidak terjejas selepas tindakan Naib Ketua Bahagian keluar dari parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan, semalam.
Menurut Ketua Penerangan UMNO Semporna Datuk Ramlee Marahaban, mana-mana pihak tidak perlu mendengar mana-mana provokasi tentang tindakan Datuk Dr Jaujan Sambakong untuk keluar parti bersama-sama ketua cawangan dan AJK lain.
"UMNO Semporna masih kukuh ... walaupun mereka telah tiada, jangan dengar provokasi mereka," katanya.
Ramlee yang juga ahli Parlimen Bugaya itu berkata, kedudukan UMNO bahagian itu masih kuat dan berfungsi kerana ramai lagi AJK dan pemimpin serta ketua cawangan setia bersama parti.
BACA: UMNO Semporna tidak bubar' - Ku Nan
BACA: Naib Ketua, tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan Semporna keluar parti
Beliau berkata, dakwaan kononnya mengatakan UMNO Semporna terbubar dan terkubur berikutan tindakan 'gila' Jaujan itu tidak betul kerana sebahagian besar ahli dan pemimpin UMNO bahagian berkenaan kekal bersama parti.
“UMNO Semporna masih wujud. Kejadian malam tadi yang mendakwa 300 ketua cawangan dan AJK termasuk dari ketiga-tiga sayap keluar parti adalah tidak betul. Jika ada yang keluar mungkin jumlahnya hanya kira-kira 50 orang.
“Malah ada yang hadir dalam majlis itu terkejut apabila dibuat pengumuman keluar parti kerana mereka hadir sebagai memenuhi undangan majlis berbuka puasa. Hari ini, ramai menyatakan rasa kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan itu,” katanya pada sidang media di ibu negeri menjelaskan kedudukan UMNO Semporna, di sini, pada Selasa.
Malam tadi, Jaujan mengumumkan beliau bersama Ketua Pemuda, Datuk Mohd Aziz Jamman; Ketua Wanita, Manis Muka Dara dan Ketua Puteri, Zakiah Kalipunya serta 300 ketua cawangan bahagian itu keluar parti, susulan penggantungan Naib Presiden yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Bagaimanapun, Zakiah dalam kenyataannya hari ini menyatakan taat setia beliau dan pergerakan Puteri UMNO Semporna kepada parti. Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri, berkata soal penggantungan Mohd Shafie daripada UMNO adalah kes lain dan ia tidak wajar dikaitkan dengan UMNO bahagian, selain yakin kedudukan parti itu di Semporna terus kukuh di bawah kepemimpinan baharu.
“Buat masa ini, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Nasir Sakaran akan memangku jawatan Ketua Bahagian, manakala tindakan terhadap Jaujan dan AJK yang terbabit kita serahkan kepada kepemimpinan UMNO peringkat Pusat dan negeri.
“Memandangkan Jaujan juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, kita serahkan kepada Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali untuk menentukan kedudukannya sama ada bebas atau pembangkang,” katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Nasir menyangkal dakwaan 300 ketua cawangan keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan penggantungan Mohd Shafie.
Beliau berkata, tindakan itu lebih kepada emosi tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan apa-apa tindakan berkaitan masa depan UMNO Semporna ada baiknya dirujuk kepada Tun Sakaran Dandai, selaku veteran UMNO bahagian berkenaan.
Ridzal Abdullah
Tue Jun 28 2016
dakwaan kononnya mengatakan UMNO Semporna terbubar dan terkubur berikutan tindakan 'gila' Jaujan itu tidak betul kerana sebahagian besar ahli dan pemimpin UMNO bahagian berkenaan kekal bersama parti. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Keadaan akan terkawal walau apa juga keputusan PRN Sabah - Jaujan Sambakong
Naib Presiden Warisan itu berkata proses mengundi dan selepas mengundi dalam keadaan terkawal dan harmoni.
Lucut jawatan pemimpin kampung yang salah guna kuasa
Pemimpin akar umbi yang dilantik perlu tahu peranan dan tanggungjawab terhadap kampung masing-masing.