UMNO telah selesai mengemukakan bantahan berhubung kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya tempoh bantahan yang berakhir semalam selesai dilakukan melalui pihak UMNO Negeri dan bantahan 100 pengundi berdaftar dalam setiap satu kawasan tertentu.
"Bantahan boleh dibuat melalui tiga cara iaitu melalui negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga 100 pengundi di sesuatu kawasan maka UMNO telah menyuarakan bantahan tersebut melalui saluran undang-undang yang disediakan," katanya kepada media selepas merasmikan program Putrajaya Community Ride di sini hari ini.
"Semua UMNO Negeri telah mengemukakan bantahan manakala di negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, kita mengumpulkan bantahan melalui 100 pengundi berdaftar di sesuatu kawasan," katanya.
SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept.
Sebelum ini, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
SPR mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 Sept hingga 14 Okt (semalam). - Bernama
Bernama
Sat Oct 15 2016
![UMNO selesai kemuka bantahan kajian persempadanan semula kepada SPR UMNO selesai kemuka bantahan kajian persempadanan semula kepada SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81454063429_TengkuAdnan.jpg)
TENGKU ADNAN: Semua UMNO Negeri telah mengemukakan bantahan manakala di negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, kita mengumpulkan bantahan melalui 100 pengundi berdaftar di sesuatu kawasan. - Gambar fail
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
![Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590881781_protestMinneapolis.jpg)
Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes
Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.
![Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571549131_maszlee.jpg)
Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik
Ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu dan ia hanya satu perkara yang dibincangkan dalam ucapannya di Jerman 14 Oktober lalu.
![Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565452120_russiaprotest.jpg)
Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil
Puluhan ribu rakyat Rusia turun bantah pengecualian pembangkang dan calon bebas dari pemilihan Dewan Kota Moscow
Tentera Israel serbu Tebing Barat
Satu serbuan tentera Israel yang menyamar sebagai penjual sayur mencetuskan bantahan penduduk Tebing Barat.
Adun BN Kedah sebulat suara keluar dewan
Ini berlaku setelah Abu Hassan enggan berdiam diri walaupun diarah berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lim Soo Nee (PKR-Kulim) yang tidak memberi peluang untuknya bercakap.
Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel
Ruang ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.