UMNO perlu tegas dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang memecah belahkan parti itu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Menurutnya, dalam senario politik negara buat masa kini semua anggota parti perlu bersatu dan memberikan fokus untuk memantapkan parti.
"Tindakan mesti diambil kepada sesiapa sahaja yang menjadi 'gunting dalam lipatan' kepada parti (UMNO). Parti itu perlu menjadi satu pasukan yang mantap bagi menghadapi pembangkang," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Khamis.
Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan menegaskan, kekuatan parti perlu menjadi keutamaan dan oleh itu sesiapa sahaja yang didapati terlibat dalam memporak porandakan parti mesti dihukum.
Justeru, beliau menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO dilakukan demi kebaikan parti.
Menurut Adnan, teguran terhadap parti boleh dibuat tetapi ia perlu mengikut cara dan saluran yang betul kerana parti tidak mahu ada 'gunting dalam lipatan', 'anai-anai' serta 'duri dalam daging' yang boleh melemahkan parti.
"Kami menerima banyak aduan tetapi yang drastik ialah mengenai tujuh orang ini. Kami sebenarnya boleh ambil tindakan terhadap mereka (gantung keanggotaan) tetapi ketika ini masih melengkapkan kertas siasatan," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit dan berkata jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.
Kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO, dilaporkan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di khalayak.
Sementara itu, Tengku Razaleigh yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang ketika bercakap kepada pemberita di Parlimen pada Khamis berkata, beliau bersedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan disiplin oleh parti itu sekira beliau didapati melanggar peraturan parti itu.
"Saya bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Saya serahkan perkara ini kepada takdir.
"Saya sudah berada dalam parti lebih lama daripada mana-mana orang yang berada di sana. Saya sudah berada di Parlimen lebih lama daripada sesiapapun," kata veteran politik yang telah menjadi ahli Parlimen sejak tahun 1974.
Mengakui tidak mengetahui sama ada beliau merupakan antara tujuh ahli UMNO yang sedang disiasat, beliau berkata ia adalah perkara biasa untuk sesebuah parti menyiasat atau memantau pergerakan ahli-ahlinya.
"Semua organisasi mempunyai peraturan sendiri dan mereka tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Kita pernah dengar juga pertubuhan seperti kesatuan sekerja dan parti komunis juga menguatkuasakan peraturan seumpama itu.
"Saya fikir kita memerlukan semua orang untuk memperkukuhkan parti. Anda perlu bertolak ansur dengan orang yang mempunyai pandangan berbeza. Begitulah UMNO mendapat kekuatan kerana rakyat daripada pelbagai lapisan berada dalam UMNO dan mereka memberi pelbagai pandangan dan pendapat," katanya.
Shuhami Zabri
Thu Oct 29 2015
![UMNO perlu tegas ambil tindakan terhadap ahli cuba pecah belahkan parti - Mahdzir Khalid UMNO perlu tegas ambil tindakan terhadap ahli cuba pecah belahkan parti - Mahdzir Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71446132998_MahdzirKhalid.jpg)
MAHDZIR: Kekuatan parti perlu menjadi keutamaan dan oleh itu sesiapa sahaja yang didapati terlibat dalam memporak porandakan parti mesti dihukum. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709259808_TBDSAIjpg.jpg)
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
![Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006957_mdrozaishafian.jpg)
Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.
![Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707718555_TBMahdzirKhalid.jpg)
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
![PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690272855_TBMAHDZIRALORSETAR.jpg)
PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
![Mahdzir Khalid kalah di Pedu Mahdzir Khalid kalah di Pedu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668504589_TBmahdzir.jpg)
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
![PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691511760_MahdzirKhalid.jpg)
PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.
![Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691381473_MahdzirKhalid.jpg)
Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
![PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667900519_MahdzirKhalid.jpg)
PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.
![PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690608135_TBCALONPRNKUALANERAN.jpg)
PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.
![Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690499349_SaifuddinNasution.jpg)
Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.