UMNO mungkin hilang kerusi Parlimen Sipitang
Astro Awani
Disember 3, 2018 08:50 MYT
Disember 3, 2018 08:50 MYT
UMNO berisiko hilang kerusi Parlimen Sipitang, Sabah kerana penyandangnya, Yamani Hafez Musa masih belum mengangkat sumpah jawatannya sebagai Ahli Parlimen.
Anak bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman itu mempunyai tempoh sehingga 15 Januari untuk mengangkat sumpah.
Lokasinya Hafez juga masih tidak diketahui dan ini menimbulkan kecemasan di kalangan kepimpinan UMNO negeri bagi kemungkinan berlakunya pilihan raya kecil (PRK) untuk kerusi itu.
Hafez diberi sebelum ini diberi enam bulan sejak 16 Julai, daripada mesyuarat Dewan Rakyat yang pertama, untuk mengangkat sumpah atau kehilangan kelayakannya sebagai ahli Parlimen sebagaimana ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, lapor portal The Malaysian Insight.
Hafez memenangi kerusi Parlimen Sipitang dengan majoriti 852 undi, melawan calon Warisan, Noor Hayaty Mustapha dan calon Parti Harapan Rakyat, Dayang Aezzy Liman bagi Parti Harapan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu.
Hafez sebelum ini dilaporkan menemani ayahnya, Musa Aman, ke London untuk menjalani rawatan perubatan pada 17 Mei, tetapi berterusan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.