UMNO jangan angkuh, rakyat akan ajar anda semua sekali lagi - Syed Saddiq

Astro Awani
September 30, 2022 22:15 MYT
SYED SADDIQ: Jangan angkuh. Rakyat akan memberi pengajaran kepada anda semua sekali lagi. - Foto fail/BERNAMA
RAKYAT akan beri pengajaran kepada UMNO sekali lagi sekiranya parti itu bertegas mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika musim banjir, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dalam kenyataan terbaharu di akaun Facebook pada Jumaat berkata UMNO masih tidak belajar daripada apa yang berlaku pada tahun sebelum ini.
"UMNO tekad nak juga pilihan raya pada musim banjir. Tak serik lagi dan tak belajar dari apa yang berlaku tahun lepas.
"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pun dah bagi amaran awal untuk tahun ni.
"Jangan angkuh. Rakyat akan memberi pengajaran kepada anda semua sekali lagi," katanya
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumat malam bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini juga.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
BACA: MKT UMNO mahu Parlimen dibubarkan tahun ini - Ahmad Maslan
#PRU15 #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #banjir #MKT UMNO