UMNO calonkan semula Tok Mat di Rantau - Zahid Hamidi
Bernama
November 16, 2018 17:31 MYT
November 16, 2018 17:31 MYT
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Perkara tersebut dinyatakan oleh presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui catatan di akaun Twitter beliau.
Ia susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini bahawa kemenangan Mohamad di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.
Ahmad Zahid menyifatkan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban itu sudah dijangkakan dan jentera parti akan digerakkan sepenuhnya bagi menghadapi PKR tersebut.
Mohamad, yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon pada 28 April lalu kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
-- BERNAMA
#Menteri Besar
#Mohamad Hasan
#Negeri Sembilan
#PAS
#PKR
#PRU14
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tok Mat
#UMNO
#Zahid Hamidi