UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen

Hafizi Rosli
Jun 21, 2021 09:39 MYT
Ahmad Zahid berkata, UMNO berpendirian Parlimen amat mustahak untuk diadakan segera bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan mendepani pandemik COVID-19. Foto UMNO ONLINE
KUALA LUMPUR: UMNO berpendirian tegas mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.
"Tidak perlulah berdolak-dalik lagi istilah 'secepat mungkin' dan 'segera' yang digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid berkata, sebagai parti yang diasaskan dengan tujuan memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu, UMNO menyokong penuh kedua-dua kenyataan Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Kedua-dua kenyataan itu menzahirkan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.
BACA: Kerajaan beri perhatian titah YDP Agong - Annuar Musa
BACA: Buka Parlimen: Tiada niat untuk melengahkan pembukaan sidang - PM
BACA: Buka Parlimen: Kaedah sidang ditentukan jawatankuasa bersama - PM
Sehubungan itu, katanya, satu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya.
UMNO berpendirian, Parlimen amat mustahak untuk diadakan segera bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan dalam mendepani pandemik COVID-19.
Ia juga bagi memastikan wujud akauntabiliti dalam urusan pentadbiran kerajaan.
BACA: Parlimen perlu bersidang 19 Julai ini elak krisis Perlembagaan - Kit Siang
BACA: Parlimen sedia bersidang bila-bila masa - YDP Dewan Rakyat
BACA: Parlimen perlu bersidang sebelum darurat tamat 1 Ogos ini - Asyraf
#Zahid Hamidi #UMNO #Yang di-Pertuan Agong #Parlimen #COVID-19 #pandemik #Melayu #Mesyuarat Khas #Majlis Kerja Tertinggi UMNO #Majlis Tertinggi UMNO #Ahmad Zahid Hamidi #Buka Parlimen #derhaka #hormat institusi Raja-raja
;