UMNO belum tentukan kerjasama parti lain bagi hadapi PRN Melaka
Shuhada Abdul Kadir
Oktober 5, 2021 22:56 MYT
Oktober 5, 2021 22:56 MYT
MASJID TANAH: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan parti itu belum memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain termasuk gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Katanya, ia bergantung kepada permohonan UMNO negeri sebelumkan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
“Itu terpulang kepada UMNO Melaka untuk mencadangkan kepada pusat kerana Melaka tidak boleh membuat keputusan sendiri, mesti diluluskan oleh parti.
“Kalau pusat kata boleh, boleh lah. Kita belum putuskan nak bekerjasama dengan siapa, yang penting kita mesti bersiap sedia,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan UMNO Melaka malam ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL