UMNO bakal jadi parti yang diminati semula jika kekuatan luar biasa akar umbi digunakan sepenuhnya dengan sokongan pengundi yang memaksikan soal tadbir urus dan polisi yang dekat dengan mereka.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn menegaskan usaha itu seharusnya dimulakan dengan mengetengahkan muka-muka yang tidak terpalit dengan skandal dan menawarkan polisi bagi menandingi keupayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang.
"Ia menjadi pilihan kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti."
Pada masa sama, kepimpinan mempunyai mandat untuk bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dalam keadaan politik semasa.
"Perlu diingat bahawa jaminan hak rakyat dan kedudukan ekonomi negara akan menjadi paksi kepada apa jua tindakan dan keputusan UMNO ini apabila bertindak dan bukan kerana mabuk kepada kuasa.
"Ahli-ahli Parlimen UMNO khususnya diingat untuk kembali kepada parti dalam membuat keputusan untuk menstabilkan kedudukan politik tanah air.
"Pemuda UMNO Segamat yakin bahawa kepimpinan bersama majlis tertinggi mampu memikirkan hala tuju dan bukannya tindakan presiden berseorangan bagi mencapai objektif ini," katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
BACA: Saman saja 'pengkhianat' yang tinggalkan UMNO - Asyraf Wajdi
BACA: UMNO tidak akan ikut jalan belakang untuk kembali memerintah
Ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap pemimpin parti itu tidak lagi mengkritik secara melulu dan terbuka segala langkah-langkah memperkukuhkan parti.
Tegasnya, seluruh lapisan parti harus bermuafakat dan tidak menimbulkan persepsi bahawa mereka tidak bersatu.
Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat sebelum ini memberitahu pimpinan dan akar umbi UMNO tidak perlu berasa malu bertemu rakyat kerana Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan lagi presiden parti.
Jelasnya, terdapat dua punca utama kekalahan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14 Mei (PRU14) lalu iaitu persepsi dan fitnah terhadap Najib serta juga janji manis PH.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini memberitahu parti perlu melupakan sebentar nafsunya untuk meraih kuasa, sebaliknya, ia perlu dibangunkan semula dengan nilai, moral dan ideologi paling tuntas.
Ujarnya, parti itu harus menumpukan kudratnya dalam masa 10 tahun akan datang untuk menjadi gerakan kebangkitan dan pencerahan bagi bangsa Melayu.
Astro Awani
Mon Oct 01 2018
BASTIEN: Perlu diingat bahawa jaminan hak rakyat dan kedudukan ekonomi negara akan menjadi paksi kepada apa jua tindakan dan keputusan UMNO. -Gambar fail
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Banjir Johor: Cara kerajaan depani masalah lebih teratur - Bastien Onn
Cara kerajaan mendepani masalah banjir di Johor kali ini lebih teratur, kata Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn.
Lahad Datu: Berhenti rendahkan maruah pasukan keselamatan negara - Pemuda UMNO
Mana-mana pemimpin tidak seharusnya mendakwa sebarang tragedi yang berlaku dalam negara terutama melibatkan pengorbanan pasukan keselamatan negara sebagai satu sandiwara.