KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui wujud keperluan agar undang-undang pendanaan politik diperkenalkan.
Katanya, menerusi undang-undang itu ahli politik tidak lagi perlu berpura-pura dan boleh mengakui hakikat bahawa aktiviti serta pergerakan politik memerlukan dana yang konsisten, jelas dan sah.
Bekas menteri besar Johor itu berkata, dengan adanya undang-undang itu, mereka tidak perlu lagi bermain dengan persepsi dan perbahasan berhubung dana diterima sah atau sebaliknya.
"Akan ada kriteria dan definisi yang jelas tentang bentuk dan saluran dana politik yang sah. Perkara ini membolehkan kita menghalang dan menghukum sebarang pemberian/penerimaan dana yang tidak mematuhi peruntukan yang jelas tersebut.
“Sebelum ini, banyak ahli politik disiasat kerana dana yang disifatkan sebagai dana politik yang datangnya dari sumber seperti syarikat korporat, kutipan orang awam malah sumbangan dari entiti luar negara. Adakah semua itu sah atau tidak, ia tidak pernah jelas kepada kita,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Tambahnya, kewujudan undang-undang khas dan jelas berkaitan pendanaan politik membolehkan proses semakan, audit serta laporan segala dana berkaitan politik diwajibkan ke atas semua parti politik.
Mohamed Khaled mengulas laporan Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan menerima RM2.6 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), syarikat dikaitkan dengan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum ini, beberapa individu lain turut disebut menerima dana UKSB termasuk Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin serta Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.
Selain itu, bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman, bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas timbalan menteri luar Reezal Merican Naina Merican, juga disebut menerima dana UKSB.
Bagaimanapun, semua nama disebut menafikan pembabitan mereka dengan UKSB.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut, biarlah mahkamah dan proses undang-undang yang menentukannya.
"Perkara ini sebenarnya membuktikan secara langsung satu perkara kritikal. Negara kita memerlukan satu undang-undang dan kerangka amalan yang khusus dan jelas berkaitan pendanaan politik," katanya lagi.
Hakim Rahman
Wed Jul 27 2022
Mohamed Khalid berkata, pergerakan politik tidak boleh bergantung kepada sumber wang tidak jelas, diragukan serta mempunyai konflik kepentingan yang serius. - Gambar fail
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran ganja dengan merampas dadah bernilai RM499,974 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Semenyih pada Jumaat lepas.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga dan tidak mungkin boleh digantikan dengan sumber tenaga boleh baharu sepenuhnya. Namun, jelasnya langkah peralihan tenaga dan agenda hijau perlu terus dilakukan tanpa henti. #AgendaAWANI
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim. Jelasnya, memandangkan tiada sebarang ketetapan berkenaan nilai kutipan diumumkan, maka sebarang sumbangan dengan jumlah signifikan merupakan kejayaan yang perlu diraikan. #AgendaAWANI
Perdana Menteri akan hadir Dewan Rakyat pada 21 November - YDP Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku didalam Dewan Rakyat selepas YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan Perdana Menteri akan hadir ke Dewan Rakyat pada hari khamis.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan
Penganjuran #COP29 di Baku, Azerbaijan membuka mata dunia mengenai kemampuan negara itu menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa tersebut. Adakah ia juga secara tidak langsung mengubah persepsi dunia terhadap Azerbaijan secara umumnya? #AgendaAWANI 830 mlm ini di @501Awani
Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Hukuman lima kadet ALK-UPNM terbabit kes buli dua minggu lagi
Keputusan hukuman terhadap lima kadet ALK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam dua kes buli berasingan diketahui dalam tempoh dua minggu.
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
Ahli UMNO jangan desak parti - Khaled Nordin
Semua ahli UMNO diingatkan agar tidak lagi mendesak kepimpinan parti dengan pelbagai tuntutan yang sukar untuk dipenuhi.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Konflik Gaza cabar hati nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Malaysia kekal dengan pendirian menyokong gencatan senjata serta-merta dan menyambut baik sebarang cadangan yang membantu ke arah mencapai matlamat itu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Tiada gerakan jatuhkan Presiden UMNO - Khaled Nordin
UMNO menafikan dakwaan terdapat gerakan didalangi Ketua Bahagian untuk menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.