UMNO 4.0: Ahli MT layan Bitcoin

Kamarul Bahrin Haron
Disember 8, 2017 08:49 MYT
MT UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan layan Bitcoin bukan untuk kaya tapi untuk pastikan UMNO kebal tsunami Perindustrian 4.0, 4IR. - Foto Fail
Bukan saja setuju dengan inovasi UMNO 4.0, malah terus layan bitcoin.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan layan Bitcoin bukan untuk kaya tapi untuk pastikan UMNO kebal tsunami Revolusi Perindustrian 4.0, 4IR.
Untuk pastikan usul 4IR juga relevan di dewan.
"Dalam perbahasan kita masih lagi terikat kepada tajuk utama iaitu pendidikan, agama, ekonomi dan sebagainya sosial. Tetapi angle perwakilan ini masih lagi dalam pemikiran yang lama. Seperti mana kita kata tadi, Bitcoin siapa nak cakap. Bitcoin dan blockchain punya teknologi ini so important to understand that it can change your life immediately,"
Sebagai Menteri yang jaga pelan ekonomi, 4IR ingin dilihat biasa di dewan bahas.
"Satu hari saya nak melihat bahawa perbahasan kita ini keluar sedikit dari politik seperti biasa tetapi memikirkan masa depan negara bukan dalam bentuk kuasa politik orang Melayu tapi apa yang berlaku di persekitaran kita. Driverless cars, who wants to talk about that. Sapa nak bercakap pasal parking issues. Sapa nak cakap pasal environmental issue. Sapa nak cakap pasal wildlife conservation dan sebagainya. Ini semua tajuk-tajuk yang jarang diperkatakan dalam UMNO."
Keperluannya jelas.
Jadi bila nak mula UMNO 4.0 ini?
"Saya rasa UMNO 4.0 ini lepas pilihanrayalah saya akan gerakkan. Dalam EPU pun kita telah beri banyak peruntukan untuk mana-mana agensi untuk menjadi lebih besar lebih mendalam tentang internet 4.0, IR 4.0, industrial revolution 4.0."
#Abdul Rahman Dahlan #Bitcoin #ekonomi #Internet #majlis tertinggi #Melayu #pendidikan #politik #Rahman Dahlan #UMNO #video
;