Ucapan pertama Ismail Sabri sebagai PM ke-9 jam 5.30 petang ini
Astro Awani
Ogos 22, 2021 12:54 MYT
Ogos 22, 2021 12:54 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan khas jam 5.30 petang ini.
Ia merupakan ucapan pertama beliau sebagai PM kesembilan, selepas mengangkat sumpah pada Sabtu.
Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Muhyiddin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Saksikan ucapan khas ini secara langsung di saluran 501 Astro AWANI, aplikasi Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.