'Tweet ini tidak membantu keadaan' - Netizen kecewa kenyataan Khalid Samad

Astro Awani
Februari 26, 2020 11:58 MYT
Khalid menerusi akaun twitternya mencadangkan agar Dr Mahathir meletak jawatan dan menyerahkan kepada Anwar seperti dijanjikan sebelum ini. - Gambar fail
Kalangan netizen pada Rabu meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.
Khalid dalam tweet terbaharunya dilihat terus mendesak agar Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ada yang menganggap kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam di akaun Twitter peribadinya itu tidak membantu ketika keadaan masih tidak menentu ini.

Yb, tweet ni tak membantu keadaan. Buat masa sekarang, baik settlekan satu2. Setahu sy yb org yg uphold keputusan mesyuarat walaupun yb tak suka..

— Jon Mohamed (@jonmohamed) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah ada yang kecewa dengan sikap Khalid dan menganggap ia tidak wajar dibuat ketika kedudukan PH masih belum dapat dipastikan dapat membentuk kerajaan atau tidak.
Individu yang menamakan dirinya sebagai "42 charges criminal" mendesak agar Dr Mahathir membubarkan Parlimen.

This tweet is very unbecoming at times like this. Sejak 1983 aku kenal hang, aku tak pernah rasa nak maki, carut kat hang. Malah aku hormat hang. Tapi kali ni.. Tun @chedetofficial , saya cadangkan Tun mintak Agong bubar je Parlimen

— 42 charges criminal (@penarikbeca) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi pemilik akaun bernama Bakaruddin Sanchez, apa yang dilakukan oleh Khalid dianggap menyusahkan keadaan yang mudah.

Lagi2 mengenai PM8. Tak ada kerja lain ke Lid. Yg mudah buat susah. Bagi tak nak bagi berterus terang sajalah. 1 minit boleh buat keputusan. Ni bertahun2 ceta tak habis. Rakyat di abaikan. Ekonomi negara menjunam. Tak tau buat keja ke.

— Bakaruddin Sanchez (@BakaruddinSanc1) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementera itu, pengguna Twitter yang menggunakan nama "Ariasu" menganggap kenyataan Khalid itu sebagai khianat yang tidak disukai oleh Dr Mahathir.

Inilah pernyataan KIANAT Yang menyebabkan Tun M terlalu kecil hati

— Ariasu (@Ariasu13734498) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khalid menerusi akaun twitternya mencadangkan agar Dr Mahathir meletak jawatan dan menyerahkan kepada Anwar seperti dijanjikan sebelum ini.

Tun letak jawatan. Dijadikan PM interim. Beri peluang DSAI bukti ada sokongan untuk menjadi PM ke 8. Ianya jawatan yang tak boleh diwariskan atau diserah begitu saja. Mesti dapat sokongan majoriti MP. Harap PPBM tunaikan janji. Tun PM ke 7, DSAI PM ke 8.https://t.co/ovNyk0BGAU

— Khalid Samad (@KhalidSamad) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun ada juga yang menyokong kenyataan Khalid yang mahu Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

#askmani Setuju

— Manivannan Rethinam (@Manivannan2) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #janji #Kenyataan #Khalid Samad #Mahathir Mohamad #marah #Pakatan Harapan #Parti Amanah Negara #Twitter
;