Tun Mahathir sertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia

Anthea Yap
Mac 28, 2016 01:32 MYT
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sedang memberikan ucapan di Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia pada Isnin malam. - Foto Astro AWANI/Anthea Yap
Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah pada Isnin malam.
Bekas perdana menteri yang turut ditemani Isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di lokasi perhimpunan pada jam 10.30 malam sebelum mengambil tempat di pentas utama untuk berucap.
Antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dan Presiden Parti Amanah Negara, Mat Sabu;
Program anjuran Pakatan Harapan itu dikatakan akan menjelajah ke setiap negeri bagi menggembleng sokongan umum untuk antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia diadakan sehari selepas majlis tertutup Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad.
#Deklarasi Rakyat #Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia #Kongres Rakyat #Najib Razak #Tun Mahathir
;