Tun Mahathir, Kit Siang antara yang hadir di Kongres Nasional Tahunan PKR
Hafiz Marzukhi
Mei 21, 2017 09:33 MYT
Mei 21, 2017 09:33 MYT
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin yang hadir mengikuti Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung di Shah Alam, pagi ini.
Beliau dilihat mengambil tempat di antara Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga pemimpin DAP Lim Kit Siang.
Kongres Nasional Tahunan ke-12 diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam dijadualkan berakhir pada 6.30 petang hari ini.
Antara yang bakal menjadi tumpuan termasuk persiapan parti itu menuju Pilihan Raya ke-14 serta bagaimana untuk mengukuhkan Pakatan Harapan.