Tun Mahathir dijangka menghadap YDP Agong jam 5 petang ini

Astro Awani
Februari 24, 2020 06:34 MYT
Dr Mahathir mengutuskan surat peletakan jawatan beliau kepada Agong sekitar jam 1 tengah hari Isnin. - Gambar fail
Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 5 petang ini.
Pertemuan ini dipercayai akan berlangsung selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Dr Mahathir telah mengutuskan surat peletakan jawatan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah sekitar jam 1 tengah hari Isnin.
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
#letak jawatan #Mahathir Mohamad #menghadap Yang di-Pertuan Agong #Perdana Menteri #Perdana Menteri ke-7 #Yang di-Pertuan Agong