Tun Mahathir-Anwar keluarkan kenyataan bersama tolak Akta MKN
Ashwad Ismail
September 19, 2016 16:25 MYT
September 19, 2016 16:25 MYT
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN).
Kenyataan empat perenggan yang ditandatangani secara bersama oleh kedua-dua pemimpin itu antara lain berkata akta tersebut mengancam sistem demokrasi dalam negara.
"Akta ini telah mengenepikan secara langsung kuasa secara langsung kuasa serta peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu kepentingan keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini," kata kenyataan bersama tersebut.
Dr Mahathir sebelum ini membuat kejutan apabila tampil ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar berhubung petisyen mencabar akta tersebut.
Pertemuan semula Dr Mahathir dan Anwar pada 5 September lalu menyaksikan kedua-dua pemimpin itu bersalaman dan berbual buat kali pertama sejak 18 tahun lalu.