Tun Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 pagi ini
Astro Awani
Mei 9, 2018 06:21 MYT
Mei 9, 2018 06:21 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad akan hadir di Istana Negara pada 9.30 pagi ini bagi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Pengerusi Pakatan Harapan yang berusia 92 tahun itu mengulangi sejarah apabila kembali dipilih sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober, 2003.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu.
Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Beliau memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) yang memperoleh 5,512 undi.
Istiadat mengangkat sumpah tersebut akan dibawa secara langsung di saluran 501 (Astro AWANI), Facebook Live dan Live TV di www.astroawani.com
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Memilih
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Pilihan Raya Umum ke-14
#PRU14
#Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia