Tun M, Wan Azizah dicadang terajui kerajaan jika PH menang PRU 14

Astro Awani
Disember 4, 2017 03:03 MYT
Tiga parti pembangkang menerima Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terajui kerajaan jika Harapan menang PRU 14. -Gambar fail
Tiga daripada empat parti komponen dalam Pakatan Harapan mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri masing-masing sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
Menurut laporan beberapa portal berita tempatan yang merujuk kepada sumber, cadangan tersebut diketengahkan dalam pemukiman pemimpin Harapan pada 1 dan 2 Disember di Putrajaya.
Tiga parti yang dikatakan menerima cadangan tersebut adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan juga Amanah.
Setakat ini, hanya PKR belum memberi kata putus memandangkan perkara tersebut ingin dibincangkan di peringkat biro politik.
Selain itu, pemukiman Harapan tersebut dihadiri kepimpinan tertinggi dari semua parti komponen turut menetapkan agar pembahagian kerusi dalam PRU 14 diselesaikan menjelang akhir bulan ini.
#DAP #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #Parti Amanah Negara #Pilihan Raya Umum ke-14 #PKR #PPBM #PRU14 #Putrajaya