Tun M tiba untuk bertemu Ahli Parlimen Bersatu

Harits Asyraf Hasnan
Februari 28, 2020 01:17 MYT
Dr Mahathir tiba sekitar jam 9.10 pagi menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz biru gelap. -Foto Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Al-Bukhary, di sini, bagi bertemu ahli-ahli Parlimen Bersatu.
Beliau yang tiba sekitar jam 9.10 pagi menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz biru gelap.
Antara ahli-ahli Parlimen yang hadir ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.
Selain itu, turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun yang juga Ketua Srikandi Bersatu.
#Amiruddin Hamzah #Kamarudin Jaafar #Mahathir Mohamad #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Rina Harun #Ronald Kiandee #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #Yayasan Al-Bukhary