Tun M dedah senarai nama 114 ahli Parlimen, akan persembah kepada Agong

Astro Awani
Februari 29, 2020 15:52 MYT
Tun Dr Mahathir pada masa sama berharap pihak Yang di-Pertuan Agong akan menerima surat dan penjelasan yang akan dikemukakan. Foto: Astro AWANI/ Shahir Omar
Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan akan persembahkan surat rasmi berkaitan Akuan Berkanun (SD) yang disokong oleh 114 ahli Parlimen berkaitan sokongan menjadi Perdana Menteri kelapan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut perdana menteri ketujuh itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau dan lima lagi ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
“Ini menjadikan jumlah sokongan (Bersatu) seperti yang dipersembahkan oleh Tan Sri Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong adalah tidak tepat.
BACA: Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8
BACA: Baru Bian tandatangani SD sokong Tun M, PH kini punyai 114 undi
“Saya telah menyediakan surat untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong yang menerangkan kedudukan perkara ini serta sokongan 114 ahli Parlimen yang diberikan kepada saya,” jelasnya.
Tun Dr Mahathir pada masa sama berharap pihak Yang di-Pertuan Agong akan menerima surat dan penjelasan yang akan dikemukakan.
Berikut adalah senarai 114 ahli Parlimen yang menyokong SD tersebut:
#akuan berkanun #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Bersatu #Tun Dr Mahathir Mohamad #Yang di-Pertuan Agong