Tular: Syed Saddiq sambung belajar lepas PRU14 tidak benar

Syafik Shukri Jalil
Mei 9, 2018 03:16 MYT
Syed Saddiq bergambar bersama pengundi di kawasannya pada hari pengundian PRU14 hari ini. - Astro AWANI
Satu mesej palsu telah ditularkan pagi tadi berhubung calon P.146 Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikatakan bakal menyambung pengajiannya di Universiti Oxford selama tiga tahun.
Perkara itu disahkan tidak benar oleh Syed Saddiq sendiri menerusi satu perkongsian di Instagramnya pada hari pengundian pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hari ini.
"Saya baru dimaklumkan ada pihak yang terdesak hantar mesej ini kepada ribuan pengundi di Muar.
"It is a blatant lie. Kalau ada ahli keluarga atau rakan-rakan di Muar, tolong kongsikan mesej saya kepada mereka. I need your help," tulisnya pada entri tersebut.
Syed Saddiq, ahli Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia yang bertanding atas tiket PKR untuk PRU14, bertanding di Muar dalam pertandingan tiga penjuru bersama Datuk Seri Razali Ibrahim (Barisan Nasional) dan Abdul Aziz Talib (Pas).
#belajar #MalaysiaMemilih #media sosial #Muar #Oxford #p146 #palsu #Parlimen Muar #PRU14 #Syed Saddiq #Tular