Tugas-tugas bakal digalas Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek

Astro Awani
Mei 14, 2018 13:19 MYT
Tempat Apandi digantikan oleh Engku Nor Faizah berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail
HARI ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media di Putrajaya berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek berkuat kuasa serta-merta.
Berikut adalah tugas-tugas Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek:
- Membantu Peguam Negara dan mengikut undang-undang boleh menjalankan tugas-tugas yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Seksyen 40A kepada Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan.
- Di bawah sub-seksyen 376 (2) Kod Prosedur Jenayah, Peguam Cara Negara mempunyai kuasa seperti Timbalan Pendakwa Raya dan boleh berfungsi sebagai Pendakwa Raya ketika Peguam Negara tidak bertugas.
- Peguam Cara Negara juga bertanggungjawab untuk tugas-tugas sivil, temu ramah, pengrekrutan, peralihan, kenaikan pangkat dan tugasan lain yang diarahkan oleh Peguam Negara.
BACA: Peguam Negara diminta bercuti - PM
#Engku Nor Faizah Engku Atek #Malaysia Baharu #Peguam Negara #Pilihan Raya Umum ke-14 #PRU14