TOP 5: Sembang -sembang hangat di Twitter menjelang PRU14

Syafik Shukri Jalil
April 28, 2018 12:03 MYT
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disebut-sebut sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum ditambah dengan penggunaan platform media sosial secara meluas oleh wakil parti dan netizen. - Gambar fail
PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU14) disebut-sebut sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum.
Malah, PRU14 kali ini juga dikatakan sebagai pilihan raya Facebook, pilihan raya YouTube dan banyak lagi.
Ini kerana platform media sosial dipilih sebagai medium utama dalam menyampaikan segala maklumat, fakta dan segala hal berkaitan proses pilihan raya.
Ia termasuk kempen secara halus yang digunakan jentera parti menerusi aplikasi pesanan ringkas, Whatsapp.
Berikut merupakan antara lima topik terhangat yang menjadi bualan netizen di semua platform media sosial;
1) Hari Pembubaran Parlimen – Pada 6 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan parlimen secara rasmi dibubarkan pada 7 April (Sabtu). Susulan pengumuman tersebut, netizen serta-merta memuat naik pelbagai status di laman media sosial mereka sambil berteka-teki dengan tarikh rasmi PRU14 terutamanya Hari Pengundian.
Hashtag #TerimaKasihYB juga menjadi antara hashtag yang trending di mana netizen mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih mereka kepada wakil rakyat mereka.

Tahniah & Syabas YB DS @HishammuddinH2O yg telah berkhidmat Cemerlang Di #ParlimenSembrong spnjg 5 tahun yg lalu,saya yakin DS akan terus menjadi calon @SembrongP153 utk 5 tahun akan dtg selepas ini InsyaAllah #KitaPilihBiru #TerimaKasihYB pic.twitter.com/qbrqtdYWBz

— Asmah_Bashar (@asmahbashar) April 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#TerimaKasihYB @Khairykj for allowing me to see Hospital Rembau. It may be under MoH (and unfortunately within your constituency), but you were there anyway. Despite our differences, you treated people with kindness. Good Luck! https://t.co/GCWTiJ8j4A

— Cheryna (@cheryna27) April 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2) SPR umum tarikh PRU14 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh-tarikh penting PRU14 antaranya Hari Penamaan Calon pada 28 April, Tarikh Undi Pos pada 5 Mei dan tarikh rasmi dan hari mengundi jatuh pada 9 Mei iaitu hari Rabu.
Pengumuman tarikh mengundi yang jatuh pada Rabu juga mencetuskan perbualan hangat di laman media sosial susulan ramai yang tidak bersetuju dengan pengumuman tersebut kerana ramai yang bekerja dan sukar untuk mendapatkan cuti bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Parlimen akan bubar 7 April, esok. Selamat mengundi semua! Vote wisely ok!

— Muharikah (@muharikah) April 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

*PRU - 14* Bubar Parlimen: 7 APRIL 2018 (SABTU) Penamaan Calon: 28 APRIL 2018 (SABTU) Pengundian Awal: 5 MEI 2018 (SABTU) Pembuangan Undi : 9 MEI 2018 (RABU)

— Sukan Star (@sukanstar) April 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3) #CarpoolGE14 – Satu gerakan diwujudkan di Twitter bagi membolehkan orang ramai pulang mengundi walau hari penting itu jatuh pada hari Rabu.
Ia merupakan satu usaha membolehkan netizen bergerak pulang bersama-sama ke Pusat Daftar Pemilih (PDM) masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mereka walau di mana sahaja lokasinya.
Hashtag gerakan ini menjadi trending dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan netizen.

Ada ke dari KL/Putrajaya nak balik #PulangMengundi Segamat, Johore 8th malam / 9th pagi dan balik KL semula malam tu? I cannot ambil cuti before/after that... Nak tumpanggg... a href="https://twitter.com/hashtag/GE14?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw">#GE14 #GE14carpool

— Jeeb(@najeeb_edward) April 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I love how Malaysians are effectively crowdfunding each other and listing their carpool arrangements so everyone can go back to their hometown to vote! This electorate slays!#PulangMengundi #PRU14 #GE14

— Adriel (@adsartre) April 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rasa nak open #CarpoolGE14 la Trip pulang mengundi Kelantan(Kota Bharu) Tarikh : 8 may 2018 Jam : akan diberitahu kemudian Meet up point :Putrajaya Minyak tol kita tong tong sikit sorang Nak yang baik2 je. Yang jahat aku tinggal dalam ladang kelapa sawit nanti

— Byan (@byanmathers) April 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4) PPBM bertanding guna loga PKR – Antara yang menjadi bualan hangat juga adalah sewaktu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 5 April beberapa hari sebelum parlimen dibubar.
Ini memaksa PPBM menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU14.

ROS bubarkan PPBM. Mahkamah Tinggi pula gantung pembubaran tersebut. So, ROS pun tergantung.

— Jamzuri Ardani (@jamz_ard) April 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Berita baik untuk PPBM dari mahkamah. PPBM dibenarkan mahkamah untuk cabar keputusan ROS & teruskan penubuhan - Presiden, TSMY. #Alhamdulillah

— ffa Amran(@AzfarinazAmran) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5) Hari Penamaan Calon PRU14 – 28 April (Sabtu) merupakan Hari Penamaan Calon bagi kesemua parlimen dan DUN seluruh negara.
Menerusi hashtag #nominationday pelbagai gambar, ragam dan aksi dikongsi oleh wakil-wakil parti yang bertanding memperlihatkan semangat mereka membawa perjuangan masing-masing ke pusat pandaftaran.
Antara yang menarik perhatian semestinya perkongsian oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bismillahirrahmanirrahim. #OOTD untuk penamaan calon ready Ayuh #BersamaBN ! #HebatkanNegaraku #PRU14 pic.twitter.com/aWbiAoVdOm

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Penamaan calon P.100 Parlimen Pandan. InsyaAllah dengan jentera yang tersusun dan usaha kuat, kemenangan milik kita. pic.twitter.com/EPOlB0f4gG

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sekitar hari penamaan calon pagi ini di Langkawi. Hebat orang Langkawi bertali arus beri sokongan. Alhamdulillah#KitaMestiMenang pic.twitter.com/9XKaCmJqUk

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#hashtag #KalauAkuJadiYB #Malaysia Memilih #media sosial #PRU14 #SainganSengit #SPR #trending #Twitter
;