Tinjauan 'Jom Balik Undi': Kempen PRU15 malam penghujung, calon mana bakal disanjung?

Faida Rahim
November 18, 2022 18:57 MYT
Siaran pertama yang bersiaran langsung dari Sungai Buloh ialah program Malaysia Memilih pada jam 5 petang dengan menemu bual orang ramai yang menggerakkan inisiatif mereka pulang mengundi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam lagi menjelang hari pengundian, ribuan kenderaan mula memenuhi lebuh raya untuk pulang ke kawasan masing-masing sejak malam tadi.
Selepas pengumuman hari kelepasan am dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, situasi di lokasi pengangkutan awam turut ‘meriah’ dengan orang ramai yang bersemangat untuk pulang mengundi.
Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook turut menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika memandu supaya selamat sampai ke destinasi.
Bagi Mohd Sawal bin Ali, 39, berkata, dia mengambil peluang pulang ke kampung halaman untuk membuang undi di sana.
"Sejak perdana menteri umum cuti untuk semua rakyat Malaysia, saya nekad pulang ke Kuala Kangsar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Ini masanya untuk kita melaksanakan hak sebagai pemilih pada PRU15. Pilih calon yang boleh buat kerja, bukannya hanya cakap kosong!" kata Mohd Sawal bin Ali kepada Astro AWANI.
Sementara itu, Aimi Azman, 32, yang pulang ke bandar raya Melaka memberitahu sudah tidak sabar mengundi di kawasannya.
“Diberi cuti atau tidak, secara peribadi bagi saya akan pulang mengundi kerana ini hak dan tanggungjawab rakyat untuk memilih sosok yang layak dan mempunyai kredibiliti memimpin negara,” katanya.
Astro AWANI membawakan laporan komprehensif yang bersiaran secara langsung dari R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk program menarik hingga ke malam iaitu AWANI 7:45, Sinar Harian Awani, Agenda AWANI dan AWANI Tonight.
Siaran pertama yang bersiaran langsung dari Sungai Buloh ialah program Malaysia Memilih yang sudah bermula sejak jam 5 petang. Wartawan di lokasi, Shafizan Johari, menemu bual beberapa individu yang menggerakkan inisiatif orang ramai untuk pulang mengundi.
Program diteruskan dengan AWANI 7:45 dan Sinar AWANI yang turut bersiaran langsung dari R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh bersama Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis yang akan memberi ulasan terkini mengenai tawaran politik dan perjalanan kempen di jam terakhir bermula jam 9.15 malam.
Diskusi yang mendapat input Mujibu juga bakal diteruskan dalam AWANI Tonight yang diterajui Siti Farhana Sheikh Yahya pada jam 12 tengah malam.
Ayuh rakyat Malaysia, luangkan masa anda untuk kita sama-sama memberi perhatian dan meraih manfaat menerusi kupasan menarik Astro AWANI, hanya di saluran 501 dan di www.astroawani.com.
Selamat mengundi esok!
#ismail sabri yaakob #Jom Balik Undi #pilihan raya umum #rakyat Malaysia
;