Tindakan RoS tidak boleh diterima - Anwar

Astro Awani
Januari 7, 2021 16:43 MYT
Menurut Anwar, RoS bukanlah alat politik untuk digunakan dan dimanipulasi pemerintah agar sesuai dengan agenda mereka.
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Menurutnya, RoS bukanlah alat politik untuk digunakan dan dimanipulasi pemerintah agar sesuai dengan agenda mereka.
“Keputusan RoS ini sama sekali tidak dapat diterima.
“Hak-hak ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita mesti menuntut jawapan daripada pihak berkaitan, mengapa kedua-dua pihak ini ditolak pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
BACA: Selepas Pejuang, permohonan pendaftaran MUDA turut ditolak
Tambahnya, ketelusan dan tanggungjawab harus ditegakkan dan dijamin agar semua anggota di mana-mana jabatan menyedari tanggungjawab mereka.
Pemimpin Pejuang dan MUDA pada Khamis mengesahkan RoS telah menolak permohonan mereka mendaftarkan kedua-dua parti berkenaan.
Menurut mereka, RoS hanya memberitahu pendaftaran mereka tidak diluluskan dan langsung tidak menyatakan sebab ia tidak diluluskan.
Politik | MUDA kecewa pendaftaran ditolak
#Pejuang #muda #Anwar Ibrahim #PKR #pembangkang #Ketua Pembangkang #politik #Perlembagaan Persekutuan #ros #Jabatan Pendaftaran #pertubuhan
;