Timbalan Ketua UMNO Bahagian Silam meninggal dunia
Astro Awani
Mac 24, 2017 19:13 MYT
Mac 24, 2017 19:13 MYT
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd Suhaili Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.49 Tungku, Sabah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.10 petang Jumaat.
Beliau meninggal dunia di Hospital Gleneagles Ampang, akibat kanser hati.
Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah FELDA yang juga bertugas sebagai wakil rakyat sejak dua penggal lalu dan terlibat dalam menangani krisis Pencerobohan pengganas Sulu di kawasan beliau di Felda Sahabat Tungku pada tahun 2013.
Menurut ahli keluarga beliau, jenazah akan dituntut oleh waris malam ini.
Jenazah akan dibawa balik ke Kg Remang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Segangan.