TikTok perkenal ciri perbualan berkumpulan dengan 32 pengguna

Amanz
Ogos 13, 2024 05:00 MYT
Sebagai langkah keselamatan, ciri ini tidak diberikan kepada pengguna TikTok bawah 15 tahun. -Gambar fail/Amanz
TIKTOK mengembangkan ciri baharu hari ini yang membolehkan pengguna melakukan perbualan berkumpulan menerusi Group Chat dengan 32 pengguna.
Dengan ciri pemesejan ini, pengguna boleh berkongsi video dengan teman sekumpulan dengan lebih mudah.
Sebagai langkah keselamatan, ciri ini tidak diberikan kepada pengguna TikTok bawah 15 tahun.
Kepada pengguna remaja lain, mereka hanya boleh dijemput ke dalam sesebuah kumpulan oleh teman yang dikenali.
Mereka turut perlu mengesahkan ingin memasuki kumpulan secara manual. Ciri menapis perkataan dan membisukan pengguna turut boleh digunakan untuk mengawal perbualan.
Ciri baharu lain yang diperkenalkan TikTok ialah sokongan pelekat dalam ciri Direct Message. Dengan pelekat mesej boleh disampaikan dengan lebih jelas dengan hanya menghantar pelekat kepada penerima. -Amanz
#TikTok #perbualan berkumpulan #group chat #32 pengguna