Tiga menteri Kabinet antara 13 Ketua Badan Perhubungan Kawasan PN Kelantan
Bernama
Julai 3, 2022 16:29 MYT
Julai 3, 2022 16:29 MYT
KOTA BHARU: Tiga menteri Kabinet antara 13 yang baru dilantik sebagai Ketua Badan Perhubungan Kawasan Perikatan Nasional (PN) Kelantan.
Mereka adalah Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin (Ketereh) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merangkap Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Turut dilantik ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagi kawasan Pengkalan Chepa dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Ketua-Ketua Badan Perhubungan Kawasan PN itu dilantik oleh Pengerusi perikatan tersebut Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Fasal 22.2 (I) Perlembagaan PN.
"Pelantikan Ketua Badan Perhubungan Kawasan PN bagi Tumpat pula akan dimuktamad dan dimaklumkan dalam masa terdekat.
"PN merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini dan percaya mereka akan memperkasa gerak kerja dan jentera organisasi pilihan raya PN di peringkat akar umbi di seluruh Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berikut senarai penuh Ketua Badan Perhubungan Kawasan PN Kelantan:
-- BERNAMA