Keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka merupakan langkah tepat ketika kerajaan kini memfokus usaha membantu mangsa banjir di Kelantan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata usaha membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir di negeri itu juga dilihat dapat menyumbang kepada perpaduan dalam kalangan rakyat.
"Keputusan secara umumnya diterima dengan baik... pada parti, mungkin akan ada yang tidak puas hati tapi itu hanya perkara kecil dan kita mampu tangani", katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan 'Gelombang Kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0)' di sini, pada Khamis.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata keputusan itu juga membolehkan BN bersiap sedia mengumpul kekuatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN tidak akan bertanding pada PRK DUN Chempaka untuk memberi fokus kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan, selain langkah itu bertujuan memastikan perpaduan ummah dapat diperkukuhkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac depan manakala penamaan calon pada 10 Mac.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya yang merupakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lalu.
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek menjelaskan keutamaan kerajaan BN ketika ini ialah kepada rakyat Kelantan dan bukan kepada kerusi DUN Chempaka.
Beliau berkata keputusan BN untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Chempaka adalah satu keputusan yang didokong bersama semua pucuk pimpinan parti.
"Rakyat lebih penting ketika ini dan bukan wakil rakyat, rakyat adalah keutamaan dan bukan kerusi wakil rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media orkestra RTM@Java Jazz Festival di sini.
Katanya keputusan yang diambil pucuk pimpinan adalah wajar dan patut dilihat secara positif oleh seluruh rakyat dalam memenuhi tuntutan mengeratkan perpaduan.
Ahmad Shabery, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, berkata tumpuan utama adalah bagaimana kerajaan membantu membangunkan kembali Kelantan yang terjejas teruk akibat bencana banjir hujung tahun lepas.
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya menghormati keputusan untuk tidak bertanding kerana ia sejajar dengan usaha bantuan pasca banjir di Kelantan.
"Jika BN menghantar calon maka jenteranya terpaksa dibahagi dua iaitu fokus kepada pasca banjir dan satu lagi fokus kepada PRK," katanya.
Katanya lebih baik kedua-dua jentera tersebut digabungkan menjadi satu bagi membantu mangsa banjir yang masih memerlukan perhatian dan bantuan ketika ini.
Bernama
Fri Feb 27 2015
MUSTAPA: Usaha membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir di Kelantan juga dilihat dapat menyumbang kepada perpaduan dalam kalangan rakyat.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
Kertas siasatan kes buli pegawai kadet UPNM diserah kepada AGC hari ini
Menurut polis, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang ini untuk tindakan lanjut.
Banjir Sepanyol: PM Anwar sampaikan rasa simpati
Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Valencia, Sepanyol - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihati agar terus berwaspada dan mematuhi arahan serta nasihat pihak berkuasa tempatan.
Banjir: Keluarga diraja Sepanyol tunda lawatan susulan ketegangan di Valencia
Keputusan dibuat melalui persetujuan bersama antara pihak berkuasa negara Sepanyol, kerajaan autonomi Valencia, dan Istana Diraja.
Hampir 200,000 penduduk Jepun diarah pindah akibat hujan lebat
Taufan Kong-rey berubah menjadi tekanan udara rendah sehingga membawa hujan sebanyak 100 milimeter dalam masa satu jam.
211 terkorban, kawasan terputus hubungan akibat banjir terburuk Sepanyol
Ribut kuat mencetuskan banjir dahsyat pada Selasa, dengan Wilayah Valencia paling teruk terjejas.
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.
Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut akan bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025.
Angka korban akibat banjir di Valencia meningkat kepada 95 orang
Jumlah korban akibat banjir di Valencia meningkat kepada 95 orang selepas hujan lebat melanda bahagian timur wilayah itu.
Sekurang-kurangnya 51 maut dalam banjir Valencia yang dahsyat
Ribut yang melanda membawa hujan lebat menyamai taburan hujan setahun dalam beberapa jam, menyebabkan air sungai melimpah dengan cepat.