[TIDAK RASMI] Suee Lim mendahului di Sekinchan

Astro Awani
Ogos 12, 2023 20:33 MYT
Pada PRU14, Suee Lim menang dengan majoriti 2,844 menewaskan dua lagi pencabarnya - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendahului saingannya dengan 8,862 undi setakat jam 8 malam ini.
Calon Pakatan Harapan (PH) itu yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor jauh meninggalkan pencabarnya Datuk Goh Gaik Meng yang mewakili Perikatan Nasional (PN) yang memperolehi 4,461 undi setakat ini.
Sebanyak 37 daripada 47 saluran di DUN berkenaan telah dikira, dengan undi rosak sebanyak 101.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Suee Lim menang dengan majoriti 2,844 menewaskan dua lagi pencabarnya.
Beliau menjadi ADUN di kerusi berkenaan selama empat penggal.
#PRN Selangor #tidak rasmi #DUN Sekinchan #Perikatan Nasional
;