SHAH ALAM: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendahului saingannya dengan 8,862 undi setakat jam 8 malam ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor jauh meninggalkan pencabarnya Datuk Goh Gaik Meng yang mewakili Perikatan Nasional (PN) yang memperolehi 4,461 undi setakat ini.

Sebanyak 37 daripada 47 saluran di DUN berkenaan telah dikira, dengan undi rosak sebanyak 101.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Suee Lim menang dengan majoriti 2,844 menewaskan dua lagi pencabarnya.

Beliau menjadi ADUN di kerusi berkenaan selama empat penggal.