[TIDAK RASMI] PRN Sarawak: GPS menang lebih 2/3 kerusi

Harits Asyraf Hasnan
Disember 18, 2021 20:09 MYT
Secara tidak rasmi, GPS berjaya meraih majoriti lebih dua pertiga daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan pengiraan awal menunjukkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya meraih majoriti lebih dua pertiga daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Setakat ini ditulis, sekurang-kurangnya 55 kerusi memihak kepada GPS.
Sehingga jam 8 malam, GPS secara rasmi telah menang sekurang-kurangnya 22 kerusi.
Pada PRN ke-11, Barisan Nasional (BN) menang 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Tidak rasmi, GPS lepasi garisan majoriti mudah, terus kuasai kiraan undi
Astro AWANI akan terus membawa perkembangan terkini daripada semasa ke semasa berkenaan pengiraan dan penjumlahan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Layari laman mikro https://pru.astroawani.com/prnsarawak untuk mendapatkan perincian lanjut.
#pilihan raya #PRN Sarawak #Gabungan Parti Sarawak
;