[TIDAK RASMI] PRN Johor: MUDA kuasai DUN Puteri Wangsa
Astro Awani
Mac 12, 2022 22:05 MYT
Mac 12, 2022 22:05 MYT
KUALA LUMPUR: Calon dari Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan memperolehi 18,891 undi.
MUDA yang baru diluluskan pendaftarannya awal tahun ini menjadikan kerusi DUN Puteri Wangsa sebagai tapak mula untuk mengorak langkah dalam lanskap politik negara.
Amira yang juga Setiausaha Agung MUDA menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ng Yew Aik yang meraih 14,362 undi manakala calon dari Perikatan Nasional (PN) Loh Kah Yong memperolehi 7,914 undi.
Tiga lagi calon, Khairil Anwar Razali dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendapat 2,158; calon dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) mendapat 2,103 dan calon Bebas, Adzrin Adam 346 undi.
Jumlah ini adalah selepas 159 daripada 184 saluran dikira.